Dilahirkan di Selama perak dan dibesarkan di Lumut perak. Memasuki alam pra sekolah di Lumut bersebelahan dengan padang bola, betul-betul di tepi bukit. Atas bukit tu tempat ayah bekerja. Kekadang waktu rehat ayah datang tengok, dah makan ke belum.... sekarang ni padang bola dah tak ada.. sekarang ni dah jadi hotel.
Sekolah rendah di ACS lumut, masih ada lagi sekolah tu. Masa darjah satu... banyak le pengalaman yang memalukan... biasale darjah satu. Nasib baik le ada anak tokey ikan tu... nama dia pun dah ingat-ingat lupa.
Masa darjah 3 cikgu kesayangan cikgu chan... masa dia pergi bercuti di lake toba, cikgu ni belikan baju, cantik. Masa darjah tiga ada buat persembahan.."snow white " rasenye... ada lagi simpan gambar-gambar tu....
Masa darjah 5, ada cikgu ni banyak garang... salah jawab pasti kena denda, macam-macam dia buat. ish..ish . Cikgu ni.. cikgu cina... mata dia punye le sepet. boleh dia kata mata aku ni sepet, siap lukis dekat papan hitam lagi tu.... Tapi apa yang dia buat semuanya untuk kebaikkan ..... result darjah lima tidak le baik sangat, malas. Kekawan ramai yang dapat result yg membanggakan...Hamzah, faiz, lin, sharul, ramai lagi le syabas...
Masa darjah lima masuk pasukan bola di bawah bimbingan cikgu rajah... masih ingat lagi kena belasah teruk dengan sekolah apa..tah, dekat setiawan. Kekawan ramai yang masuk team bola tampar.. pasukan yang digeruni lagi tu...
Petang-petang biasanya kami main kat atas bukit sebelah dengan sekolah, biasa nya kat umah cikgu mariam.... dekat halaman rumah.. kekadang tepi bukit ... jln nak ke umah DO. main gelongsor. Dekat umah kastam .. tepi laut... sapatah nama ...dia... dah lupa. Time raya cina mesti dapat mercun free, best.
Darjah enam, time enjoy.... tak belajar sangat. Ada member bawa lagu madonna lagi tu.. sapa tak ingat le.. ada aktiviti masuk hutan, best juga.
Tingkatan 1, kebanyakkan member2 dah berpisah.. sebab ramai yang dapat sekolah asrama... dan berpindah... disinilah saat-saat kami berpisah......
ACS Lumut, perak (1982-1987)
pengalaman sekolah rendah ACS Lumut Perak
Posted by Milkbooster Susu Melimpah at Monday, May 04, 2009Labels: pengalaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum,
ACS tidak terletak di Lumut; ianya di Kpg Koh, lebih kurang 10 batu dari Lumut. Sekolah yang anda maksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Lumut (SKL). Ianya berada di kawasan lurah - hospital dan quaters anggota polis. Saya adalah 'old boy' SKL 1955-1960. SKL masih kekal padang bolanya.
Post a Comment